chatbox

the next step to my future





ketika berada di terendak mengikuti program festival nasyid. aku dikejutkan dengan berita bahawa panggilan ke Universiti Teknologi Petronas sudah pun diterbitkan. memang menjadi idaman aku selama ini untuk menyambung pelajaran di UTP selama ini. jadi, hakikatnya aku amat berharap aku dipanggil ke kemasukan UTP ambilan mei 2010. alhamdulillah. aku sangat bersyukur apabila aku berjaya mendapat tempat di UTP. yang membuatkan aku lebih gembira ialah. aku ditawarkan kursus pengajian kejuruteraan kimia yang mana menjadi idaman aku selama ini.

keputusan biasiswa MARA belum keluar lagi. tetapi. andainya aku dipanggil. aku akan menduduki AUSMAT selama 1.5 tahun yang mana bagi aku agak membazir umurku dan dengar khabar beritanya AUSMAT sangat susah! aku juga mendapat maklumat ketika menjalani EDUQUEST CAMP aritu bahawa 90% graduan UTP mendapat tawaran kerja sebelum tamat pengajian. jadi. kepada insan yang mana katakan kepada aku yang UTP skang pun susah nak dapat kerja. aku terpaksa tolak kata2 engkau itu kerana aku mendegar berita ini terus dari pengurusan UTP.

aku yakin aku membuat pilihan yang tepat. dan sudah aku pasangkan tekad yang dalam untuk belajar bersunguh2! ramai yang kata. susah nak grad first class honor kat U. tapi. aku yakin. aku boleh. insyaallah. kalau diizinkan Allah. segala apa yang kita mahu pasti dapat kita capai jika usaha dan ikhtiar kita menepati cita2 yang kita idamkan.

1 comment:

princess a.k.a slave said...

alhmdulillah, ko dpt ape yg ko impikan.. cgrats... kt sne, blaja leklok.. hanya ko je yg boley tntukan mase dpan, smuanya bgantung pd ko.. buktikan pada sume yg ko boleh!!! slalu berdoa pd Allah smoge semuanya dipermudahkn oleh-Nya.. kalao ko rse nk give up, kmbalilah smula kpd-Nya.. insya'Allah, ko akn dpt kekuatan di situ.. smoge kjayaan dunia akhirat mlik kta sume.. amin...