::Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani::
11 april 2010:
pagi ku ini agak tenang. tidak sepertimana pagi sebelum ditemuduga YTN tempoh hari. aku menjadi risau akan ketenangan ini. adakah mungkin ini petanda baik bagi kegagalan akan datang? atau ianya memang ketenangan yang aku berhak miliki. lalu aku bermonolog dan mengatakan bahawa. aku sudah bersedia dan ketenangan ini aku memang layak untuk miliki. jam didinding menunjukkan pukul 5.00 pagi. aku bangkit dan bersiap untuk bertolak. lebih kurang jam 5.30 pagi kami bergerak ke UTP. tanpa sedarnya aku. aku terlelap selepas beberape minit menaiki kereta. ZZzzz... aku tersedar dari mimpi apabila kami berhenti seketika menunaikan kewajipan seorang muslim.. tepat jam 7.45 pagi kami tiba di UTP. kelihatan begitu ramai sekali calon2 lain yang sudah tiba.. tidak kusangka begitu ramai yang sudah tiba pada jam seawal ini. (haisyh.. penatla nak wat ayat2 camni).. setibanya disana. aku mengambil tempat sementara menanti kaunter pendaftaran dibuka. adalah sedikit juadah yang disediakan. tapi selera makan ku belum tiba walaupun perutku kosong.. tiba2 aku terlihat seorang lelaki berambut pendek seakan akan diPLKNkan. sangat ku kenali raut wajahnye. rupa2nya, ONG juga mendapat tawaran interview ini. aku bertambah tenang apabila hadirnya ong di temuduga ini. tepat jam 8.30 pagi. kami mendaftar dan diberikan tempat menginap. dan kemudiannye kami berkumpul untuk menyertai perasmian. perasmian yang sangat membosan kan! ong sempat tertidur.(sengal nye ong. haha!) seusai perasmian dan keterangan mengenai program2 yang akan berlangsung. aku menjamu sedikit makanan tengah hari yang disediakan. seusai makan aku solat dan berkumpul kembali untuk menduduki ujian personaliti. (ntah bape juta kali dah rasenye jwb sln2 cmni. haisyh~) begitulah sehingga petang. dan pada malam hari. kami menduduki ujian kira2 dan sains. soalannya mudah. namun akibat ketidakbuatapa2an dirumah. otak menjadi lembab dan soalan yang mudah menjadi sukar untuk diselesaikan.
12 april 2010
hari yang dinanti2 sudah tiba. aku menyiapkan diri dan terus berkumpul ditempat yang diarahkan. aku dimasukkan ke kumpulan C dimana kami akan menduduki ujian english dan critical thinking test pada waktu pagi dan ditemuduga pada waktu petang. ENGLISH PLACEMENT TEST tidaklah begitu sukar. cuma ade beberapa perkataan sahaje yang tidak ku fahami. tapi, jika dibace mengikut konteks ayat. mungkin aku dapat mengagak ertinya. CRITICAL THINGKING TEST terdiri daipada 2 bahagian. kertas pertama menguji kefahaman kita mengenai sebuah teks. ujian ini malas sekali aku hendak duduki. terasa begitu malas untuk membace dan mata ku sungguh mengantuk. namun aku berjaya menghabiskan soalan2 yang diberi. kertas 2 pula mnguji kekuatan menganalisa. kami diberi susunan gmbr rajah dan diarahkan untuk meneka gambaran seterusnya. bagiku tidaklah sesukar mana untuk dijawab. tetapi, masa yang diberi hanyalah 20minit untuk menjawab 40 soalan. aku hany mampu menjawab 30/40. yang lain semua aku tandakan jawapan A. iyalah. setidaknya, mesti ade yang kne nanti. ujian berakhir jam 11.30 pg. kemudian kami berkumpul didewan makan. tepat jam 1.00 ptg. kami berkumpul kembali di dewan. kali ini untuk ditemuduga pula. gemuruh kah aku? rasenya seperti tidak. alhamdulillah aku begitu tenang sekali waktu menunggu. kami didudukkan mengikut kumpulan. dan kumpulan aku terdiri daipada mereka2 yang hebat2! seorang 15a, 12a dan 10a+. aku? hanya 9a 1b. tapi aku memyakinkan diri. aku sudah dipanggil untuk temuduga. aku yakin aku layak. KEKURANGAN YANG ADA PADA KU MEMBUATKAN AKU LEBIH BESEMANGAT KERANA AKU INGIN MENEMPATKAN KEDUDUKAN KU SETARAF DENGAN MEREKA. kami diberi case study: TRAFFIC JAMMS. kami diberikan tugasan untuk menyatakan langkah2 untuk mengatasi masalah ini. 10 minit diberikan untuk menjana idea. kemudian seorang demi seorang dipanggil untuk ditemuduga secara individu terlebih dahulu. aku amat bersykur kerana mendapt panel yang begitu mesra. senang sekali rasenye untuk berbicara dengan mereka. maka dalam interview itu aku menceritakan latar belakangku dan idea yang aku bawa untuk menyelesaikan permasalahan yang diberi. selesai temuduga perseorangan, kami dipanggil lagi untuk ditemuduga secara berkumpulan. kali ini kami diarahkan untuk berbincang dan menyelesaikan masalah bersama2. rancak sekali perbincangan kami dalam bilik tersebut. namun, rakan yang mendapat 15a itu aku dapati kurang meluahkan idea. aku ada juga percubaan membantu dengan mengutarakan soalan2 kedapanya. malang sekali soalan ku tidak dijawab dengan baik dan masih memerlukan bantuan orang lain untuk menjawab. kasihan aku kepadanya. aku x mahu kepandaiannya terkubur akibat tidak mampu berkomunikasi dengan baik. pada akhir sesi. kami disuruh membuat konklusi. aku sedar peri pentingnya membuat konklusi. namun, aku tidak pasti sebenarnya apa yang aku fikirkan. secara spontan aku mempelawa insan 15a itu untuk memmbuat konklusi. aku sedikit menyesal. tetapi niat aku adalah untuk membantu.
demikianlah temuduga yang aku duduki di UTP. seronok! sebelum balik aku sempat bertemu dengan sepop dan patul. berehat dibilik mereka. mereka menghantar ku ke stesen bas. kami makan2 seketika sementara menanti bas. dan apabila bas tiba.. aku pun pulang~ THE END. terima kasih kepada merekan yang membaca semuanya! moga korang dimurahkan rezeki.
5 comments:
hmm. sronoknya..
hahaha. =)
oi3..sket pn xroger aku dpt educamp kan~
hha,taiko utp da bersuara.hha
semoa berjaya... !!
cepatnyer. aku rase cm lambat lg educamp tu. aku rase aku dh lost track of time.
Post a Comment