chatbox

innalillahiwainnailaihirojiun


::Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani::

renungkan pepatah melayu. ‘ MALANG TIDAK BERBAU’ seketika.

Hari nie aku berjaya menjadi seorang warganegara Malaysia yang cinta akan bahasa melayu. sepertimana yang kita pelajari. erti pepatah tadi menerangkan bahawa malang akan berlaku tanpa tanda2 dari mana2. bila kejadian tersebut mahu terjadi. makan terjadilah pada saat dan ketikanya sepertimana yang telah ditetapkan Illahi. itulah yang terjadi pada diriku petang tadi. aku ditimpa kecelakaan ketika membawa motor.

kisahnya begini. pada pukul 3.30 petang hari ini. memang aku sudah bercadang untuk ke Giant Shah Alam untuk membantu adik membaiki jam tangannya yang rosak. jadi aku pun bersiap.. seusai aku bersiap maka aku menghidupkan enjin motor dan memulakan perjalanan ku yang tidak seberapa jauh. belum sempat sampai mane2 lagi. bahkan kem tudm rumah aku nie pon x kuar lagi. kalu bak kate luqman pulak. kentut kat umah, kat citu pun bley dgr. haha! aku terlanggar ‘cats eye’ yang berada ditengah2 jalan 2. (korang tau kan cats eye 2 ape. kalu x tau search. :p) pada awalnya aku hanye hilang kawalan sebentar dan masih lagi boleh mengawal keadaan. nak di jadikan cerita, awal sedikit sebelum itu hujan dan jalan pula sedikit licin. maka motor yang kupandu tergelincir atas jalan (tayar pun botak.) lalu terbabas terus ke bahu jalan seberang.

3 saat selepas kejadian. aku berkata. ‘alahai jatuhla plak’ (dengan nada yang sangat tidak merestui kejadian.)

7 saat kemudian aku dapati selipar daah rosak dan berkata ‘ alaa, kne beli selipar baru’

10 saat kemudian melihat aku melihat motor dan berkata’ owh! enjin motor hidup lagi. belum rosak walaupun dah kemik siket. ayah x marah kot.’

dan saat2 kemudian baru nak tengok keadaan diri.( sengal kan? mende lain yang aku utamakan. haha!) aku lihat.. ‘alaaa.. byknye darah. nasib baik tangan kiri jek.. kaki n lain2 selamat.)

dengan kelegaan keadaan aku yang tidak membimbangkan aku lihat sekeliling and tersenyum ( x taw asal aku senyum. haha) dan kemudian berkata ‘ hehe, nasib baik xde orang, kalu x malu gile..’aku pun mengangkat motor tersebut yang beratnye x terkate dan keadaan yang agak memeritkan walaupun tidak membimbangkan. lalu terus menuju rumah. x fikir dah nak pegi Giant. aku pandu dengan teramat perlahan sekali kelajuannya. yela, takut jatuh kali kedua.

setibanya dirumah aku lihat darah yang banyak dan menggelikan. aku cuci dan terasa PERIT yang amat! sumpa perit. tapi bile tengok blik tangan lepas cuci. alaa.. calar2 jek. x teruk pon. tapi sakitnya. Ya Allah. xley aku nak terangkan dengan sebutan. (mungkin sebab aku lembik.. haha.) selesai mencuci luka2 baru aku menelefon kedua ibubapa dan menceritakan kejadian yang mengerikan tersebut.

apa pun.. aku dapati kejadian ini agak menarik! xtaw nape. mungkin kerana kejadian ini merupakan satu pengalaman yang orang laen x mahu rase degan sengajenye. dan aku dah rase keperitan berseretan dijalan tar yang berbatu2. haha! korang try la rase (kejam gile ayat.) moral of this story. pandulah motor dengan perlahan dan selamat. focus dijalan raya adalah amat penting!

p/s:keadaan sekarang sangat memeritkan. mandi n agkt wudhuk. sakit gile. tapi masih mampu menaip untuk blog ni. haha.
p/ss: lepas abes menaip baru ingat ade interview rabu minggu depan. aduhai~

3 comments:

nursyazwin said...

haha.lwak ade kesian pn ade.x pela.moga2 luka ko cpat baik.kte pnah jgk tau jtuh ats tar..sumpah skit gler.jtuh bsikl kt dpn dwn sri angkasa.trseret ats tar tu.=)

cikfaiq said...

camne ko nak pegang mic nnti ?
hahaha.

cikfaiq said...

fidot.. aku da rse..