::Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani::
awal pagi tadi aku online. aku ditegur luqman. rindu sekali bersembang denganmu luqman. baru sahaja semalam aku memikirkan tentang dirimu. semalam tika ditemuduga. panel bertanye. CERITAKAN TENTANG RAKAN2 ANDA DISEKOLAH DAN BAGAIMANA MEREKA MENDORONG ANDA BERJAYA. selepas perbualan aku dengan luqman sebentar tadi. aku terasa seakan ingin bercerita segala yang aku luahkan kepada panel2 ku semalam. selepas ditanya oleh panel temuduga ku. aku menjawab bagi aku, semua orang disekelilingku merupakan kawan. namun bukan semuanya sahabat kerana keakraban menjadi pemisah antara dua. dan antara sahabat2 yang aku miliki. ada 2 golongan. mereka yang digelar sahabat hanya kerana keakraban. dan mereka yang bergelar sahabat kerana mereka mendalami hidup aku. dan pada waktu dan ketikanya aku menyebut kalimah2 ini. sudah aku terbayang wajah2 mu. SEPOP,LUQMAN,SHARUL,ADY. empat nama yang amat aku sanjungi. aku ceritakan bagaimana mereka mampu mempengaruhi aku dalam segala pilihan hidup yang ada. bagaimana mereka mampu memberi sinar hidup apabila aku mula berasa menyerah. mungkin antara mereka tidak begitu cemerlang spm nye. tapi, aku yakin. Allah x kan mencipta suatu makhluk yang begitu sempurna! mungkin ini kelemahan mereka. namun, mereka mempunyai kelebihan dalam pelbagai aspek kehidupan yang lain yang mana aku lihat mereka mempunyai peluang yang cerah di masa depan. mereka layak aku katakan sebagai sahabat suka dan duka. tak dapat kita nak nafikan perasaan manusia ni berbagai. tipulah kalu aku cakap yang manusia x pernah bergaduh. begitu juga dengan kami. pernah juga suatu ketika kami bertengkar. tetapi, bagi aku.. pertengkaran yang berlaku hanya membuat kan aku lebih mengenali diri mu. mungkin secara luarannya keakarban kami tidak terlihat. tapi jauh dari sudut hati ini terletaknya perasaan betapa pentingnye mereka bagi aku.
luqman cakapkan kepada aku. dia segan nak tegur kerana spm menjadi penghalang. aku menjawab. 'man. x perlu lah kau macam ni. semua orang ade peluangnya. sebenarnye, aku sedikit kecewa kerana x mampu nak bawa korang sama2 pgg slip spm dan tersenyum riang.' kemudian kami mengeluarkan secebis idea. semua orang boleh berjaya! cuma cara dan haluannye saje yang berbeza. ade yang ikut jalan lurus. ade yang benkang bengkok. ade jalan x sah. ade guna orang dalam. namun. ape2 pun. kita semua menuju hala yang sama iaitu kejayaan. selepas persembangan itu. aku terjumpa gambar ini.
bukan niat aku nak berbangga. tidak sama sekali. cuma ingin berkonsi cerita. gi kan gambar mase studithon sains.dan pada waktu ini kita terima markah fizik bukan? waktu ni. aku sgt kecewa dengan markah fizik aku. mane x nye. mase ni suemua orang melonjak tinggi markah fizik mereka sedangkan aku? markah fizik ku merosot yang teramat. sungguh aku kecewa! rasenye sepop mesti ingat betapa aku kecewa waktu nie. tapi, setelah ditenang kan fikiran. aku memasang tekad. semua kuiz studithon aku mahu jadi top 10 sekurang2nya. maka dengan azam itu. aku study yang teramat sgt stdy! azam yang dipasang ingin sekali aku capai. namun, kita sebagai manusia hanya mampu merancang. Allah yang menentukan segalanya. aku gagal menempatkan diri dalam top 10 bagi chemistry. tapi tidak mengapa kerana kau berjaya meletakkan diri dalam top 10 keseluruhan. aku bersyukur kerana usaha kuat ku berhasil.moral dari kisah ini. untuk berjaya azam dan tekad yang tinggi itulah yang penting bagi setiap kejayaan. ditambah dengan ikhtiar dan tawakal. insyaallah kita semua boleh berjaya.
4 comments:
saya?hha.
saya? HAHA
alaa korang.
sahabat jugak.
cuma aku xpernah bincang hal2 peribadi ngan korang. sory.
panjang sangat..
mls nk baca...
Post a Comment